Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/2.png/Slider_images/5.png/Slider_images/4.png/Slider_images/1.png





​​





TransportBN Promo (Subtitle)
Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan
Renewal of Driving Licence and Vehicle Licence

Sabtu, 8 Mac 2025 - Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Di Kubah Makam Di-Raja Bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masehi

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni AlMarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Di-Raja, Jalan Tutong.

Khamis, 6 Mac 2025 - Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei, pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Saturday, 22 February 2025 - United Nation Road Safety Fund (UNSRF) High-Level Pledging Forum and the 4th Global Ministerial Conference on Road Safety, 17 Feb – 20 Feb 2025
​The Fourth Global Ministerial Conference on Road Safety was held in Marrakech, Kingdom of Morocco from 18th to 20th February 2025. The meeting was also preceded by the United Nations Road Safety Fund High-Level Pledging Forum held on 17th February 2025 at the same location. 



Khamis, 13 Februari 2025 - Perjumpaan Muhibah Diantara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Bagi Tahun 2025

Sesi Perjumpaan Muhibah diantara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya bersama dengan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 2025 telah diadakan pada pagi ini, bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).