| |
| Ahad, 13 Oktober 2024 - BRUNEI MENANG KATEGORI MID-CAREER SCIENTIST DALAM ANUGERAH THE UNDERWRITER’S LABORATORIES-ASEAN-U.S. SCIENCE PRIZE FOR WOMEN 2024 | | Anugerah Saintis Pertengahan Kerjaya (Mid-Career Scientist) telah dimenangi oleh Dr. Daphne Teck Ching Lai dari School of Digital Science, Universiti Brunei Darussalam, yang diiktiraf atas aplikasi inovatif sains data dan kecerdasan buatan (AI) dalam konteks ketahanan dan penyesuaian iklim. Penyelidikan Dr. Lai melibatkan pemantauan hutan tanah gambut (peatland) yang penting di Asia Tenggara, menjalankan analisis kualiti air yang dipacu oleh AI, dan membangunkan penyelesaian tenaga hijau. Penggunaan AI dalam penyelidikannya memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber yang mampan serta pengurangan kesan perubahan iklim.
|
|