Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul AlQuran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi tahun 1444H/2023M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam.