Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/2.png/Slider_images/5.png/Slider_images/4.png/Slider_images/1.png





​​





TransportBN Promo (Subtitle)
Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan
Renewal of Driving Licence and Vehicle Licence

Jumaat, 17 Mei 2024 - Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2024

Bersempena dengan memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2024, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran hari ini di Masjid Az-Zakireen, Kg Meragang. 

Khamis, 16 Mei 2024 - Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya Bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji yang dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC). 

Khamis, 4 April 2024 - Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Dibawahnya Bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran pada hari ini bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas. Majlis tahun ini dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI). 

Khamis, 4 April 2024 - Kenyataan Mengenai Kereta Api Rentas Borneo (Trans-Borneo Railway)

1. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam ingin merujuk mengenai perkara Kereta Api Rentas Borneo (Trans-Borneo Railway) yang kuat dibincangkan baru-baru ini termasuk jua di negera-negara jiran melalui pelbagai platform media massa dan media sosial.