Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu 08 September 2021 - Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memberikan ucapan semasa ASEAN Smart City Development Cooperation Forum secara dalam talian

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan ucapan secara pre-recorded semasa ASEAN Smart City Development Cooperation Forum pada 08hb September 2021 yang diadakan secara langsung di Seoul, Republik Korea dan juga secara dalam talian.

Dengan menumpukan kepada rancangan kerjasama serta bantuan pembangunan rasmi Rebublik Korea terhadap bantar pintar ASEAN, Forum berkenaan adalah dihoskan oleh The Presidential Committee on New Southern Policy of Korea, dan dianjurkan bersama oleh Korea Research Institute for Human Settlements dan World Smart Sustainable Cities Organisation. Forum tersebut telah dibuka rasmi dengan ucapan pembukaan dari Hyun Soo Kang, Presiden Korea Research Institute for Human Settlements dan Byung-Hwa An, Timbalan Ketua Setiausaha Presidential Committee on New Southern Policy.

Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi menyampaikan ucapan secara pre-recorded, selaku Pengerusi ASEAN Smart Cities Network 2021 dan juga National Representative Negara Brunei Darussalam ke ASCN.

Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di dalam ucapan beliau antara lain mengongsikan bahawa ASCN merupakan platfom kolaborasi yang dianggotai oleh dua puluh enam (26) bandar daripada sepuluh (10) negara-negara ahli ASEAN dengan tujuan untuk mencapai pembangunan bandar pintar dan lestari. Walaupun ASCN adalah platform serantau ASEAN, tetapi dengan adanya kolaborasi daripada rakan kongsi luar, penyedia penyelesaian sektor swasta dan juga institusi kewangan pelbagai hala, jangkauan ASCN terus bertambah luas.

Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi seterusnya menekankan bahawa tujuan ASCN adalah untuk menyokong pembangunan bandar pintar dan lestari dengan penggunaaan teknologi agar dapat menangani peluang dan isu yang timbul akibat pembangunan yang pesat dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN.

Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut mengongsikan bahawa ASCN mempunyai Rangka Kerja Bandar Pintar ASEAN yang berfungsi sebagai panduan untuk pembangunan bandar pintar negara-negara ahli ASEAN. Rangka kerja ini menggariskan hasil strategik dan juga bidang tumpuan ketika merancang dan melaksanakan projek bandar pintar.

Dalam masa yang sama, Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi juga mendorong dan menggalakkan kerjasama rapat pembangunan bandar pintar agar ianya dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat selaras dengan tema ASEAN 2021, We Care, We Prepare, We Prosper.

Program Forum tersebut mengandungi taklimat serta perbincangan interaktif bersama ahli panel mengenai ramalan pembangunan bandar pintar di rantau ASEAN dan juga mengenai program bantuan pembangunan rasmi. Forum tersebut bertujuan untuk memperluaskan pemahaman mengenai dinamika dalam pembangunan bandar pintar ASEAN dengan mengenal pasti keperluan bandar-bandar ASEAN dan kerjasama global ASCN dalam menuju ke hadapan

Forum tersebut dihadiri oleh anggota ASCN, agensi-agensi kerajaan Republik Korea dan luar, institusi swasta dan awam serta kementerian yang berkaitan dengan bantuan pembangunan rasmi Republik Korea.

 


Disediakan oleh:-

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

08hb September 2021


Attachments