Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Hadiri Persidangan 5th E-Governance 2019

​Tallin, Estonia, May 2019 –  Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof bersama pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi  Kementerian dan IT Protective Security Services (ITPSS) telah menghadiri 5th e-Governance Conference 2019 di Tallinn Estonia bermula pada 20-22 Mei 2019.

5th e-Governance 2019 ini adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh The e-Governance Academy (eGA), Estonia yang merupakan think-tank khusus berkaitan e-governance, strategi keselamatan siber kebangsaan dan pembentukan masyarakat bermaklumat di Estonia.  

Dengan tema “e-Governance, Same Goals, Different Roadmaps”, persidangan pada tahun ini memfokuskan kepada peta jalan untuk mencapai matlamat digital dengan perhatian khusus terhadap aspek kerjasama dalam proses transformasi digital.

Persidangan selama tiga hari tersebut telah dibuka rasmi oleh Puan Yang Terutama Kersti Kaljulaid, Presiden Republik Estonia pada 21 Mei 2019. Persidangan tersebut juga turut dihadiri Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Andrus Ansip dan Penolong Setiausaha Agong PBB, Fabrizio Hochchild, Menteri-Menteri, Ketua-Ketua dan pakar-pakar didalam pelabagai bidang pembangunan digital. 


Didalam ucapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, beliau telah mengongsikan perkembangan Negara Brunei Darussalam didalam usaha kearah Ekonomi Digital. Disamping itu Yang berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Estonia diatas jemputan dan juga penganjuran persidangan 5th eGovernance 2019 yang mana telah berjaya mengumpulkan berbagai pihak yang berkepentingan untuk sama-sama membincangkan dan mengongsikan pengalaman masing-masing dalam bidang eKerajaan, inisiatif-inisiatif Smart Nation, tranformasi digital dan keselamatan siber antara lainnya.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan rombongan juga telah mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Puan Yang Terutama Kert Kingo,  Minister of International Trade and IT, Mr. Marten Kaevats, National Digital Advisor, Government Office, Estonia, Mr. Simm Sikut, Chief Information Officer (CIO), Estonia dan juga Mr. Uku Sarekanno, Director of Cybersecurity Branch, Information System Authority, Estonia, untuk membincangkan peluang Kerjasama Dua-Hala diantara kedua-dua buah negara dalam bidang Infokomunikasi. 

Turut hadir ke persidangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan korporat) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Awang Haji Jailani bin Haji Buntar, Timbalan Ketua Eksekutif AITI dan Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif ITPSS. 


Delegasi Negara Brunei Darussalam di ketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi



Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan Mr. Simm Sikut, Chief Information Officer (CIO), Estonia mengenai peluang kerjasama dua hala diantara kedua buah negara


Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa memberi ucapan di Persidangan 5th eGovernance forum











Attachments