Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/2.png/Slider_images/5.png/Slider_images/4.png/Slider_images/1.png





​​





TransportBN Promo (Subtitle)
Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan
Renewal of Driving Licence and Vehicle Licence

Khamis, 20 Jun 2024 - Majlis Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada hari ini. Majlis tahun ini telah dikelolakan oleh Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD). 

Khamis, 13 Jun 2024 - Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN kali ke-57 (STOM ke-57) dan Dialog Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN dan Amerika Syarikat kali ke-3 (ASEAN-US STOD ke-3) 11 – 13 Jun 2024 di Pulau Pinang, Malaysia

Yang Mulia Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN (ASEAN Senior Transport Officials Meeting – STOM) kali ke-57 dan Dialog Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN dan Amerika Syarikat (ASEAN-United States Senior Transport Officials Dialogue – ASEAN-US STOD) kali ke-3 pada 11 hingga 13 Jun 2024 di Pulau Pinang, Malaysia.

Sabtu, 8 Jun 2024 - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (AMMSTI-20) Ke-20, Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-85 (COSTI-85) dan Mesyuarat Lain Yang Berkaitan Siem Reap, Kemboja 3 Jun - 7 Jun

Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi ke-20 (AMMSTI-20), yang diadakan pada 7 Jun 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-85 (COSTI-85) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan, yang diadakan dari 4 Jun hingga 6 Jun 2024, di Siem Reap, Kemboja.

Friday, 31 May 2024 - Minister of Transport and Infocommunications, Brunei Darussalam attended Asia Tech X Summit 2024 in Singapore

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications, attended the Government to Government (G2G) Roundtable on Online Safety and participated in the Digital Forum of Small States (FOSS) Ministerial Dialogue on International Cooperation for Digital Governance and Digital Inclusion. These events, chaired by Her Excellency Josephine Teo, Minister for Communications and Information, Republic of Singapore, coincided with the Asia Tech x Singapore (ATxSG) from 29th May to 31st May 2024 in the Republic of Singapore. President Tharman Shanmugaratnam of the Republic of Singapore graced the Opening Gala to welcome delegates on 29th May 2024. The ATxSG was officially inaugurated by His Excellency Heng Swee Keat, Deputy Prime Minister of the Republic of Singapore, on 30th May 2024.