Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei, pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.