Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/2.png/Slider_images/5.png/Slider_images/4.png/Slider_images/1.png





​​





TransportBN Promo (Subtitle)
Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan
Renewal of Driving Licence and Vehicle Licence

Sabtu, 23 Mac 2024 - Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Di Kubah Makam Diraja Bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masehi

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah  sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Rabu, 13 Mac 2024 - Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadan Tahun 1445H/2024M bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.

Khamis, 7 Mac 2024 - Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi tahun 1445H/2024M. Majlis sambutan diadakan bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi,  dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

Khamis, 15 Februari 2024 - Perjumpaan Muhibah Antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Bersama Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi Bagi Tahun 2024

Sesi Perjumpaan Muhibah antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah diadakan pada pagi ini, bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.