Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 10 Mac 2020 - Usul Menjunjung Kasih MMN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ،

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَمَنِ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ

إِلَى يَوْمِ الدِّينِ


Terima kasih Yang Berhormat Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Yang Berhormat Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

1.    Mula-mula sekali, Kaola ingin merakamkan sokongan penuh kepada Usul dan kandungan ucapan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta rakan-rakan Menteri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain bagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas keberangkatan Baginda bercemar duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9hb Mac 2020, dan juga pengurniaan titah semasa Istiadat berkenaan.

 

2.    Titah Baginda merupakan amanah dan hasrat yang perlu ditanai dan disemai dengan sebaik-baiknya, khususnya dalam memastikan kemakmuran negara, walau dalam menghadapi berbagai cabaran globalisasi, agar sentiasa terlindung dengan izin dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala jua. Kita sama-sama menjunjung tinggi Titah Baginda supaya secara bersepadu, strategik dan melalui pendekatan menyeluruh iaitu Whole of Nation, kita akan sentiasa sama-sama meningkatkan lagi kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara ini.

 

3.    Alhamdulillah, kaola dengan penuh rasa bersyukur menjunjung kasih dan menjunjung jua setinggi-tingginya Titah Baginda mengenai dengan beberapa pencapaian Negara yang terutama dalam sektor telekomunikasi sebagai antara langkah transformasi berlatar belakangkan Industri Revolusi Ke-Empat.

 

4.    Dengan kebijaksanaan kepimpinan dan pandangan jauh Baginda, inisiatif ini merupakan satu usaha besar Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang diharapkan akan dapat mempercepatkan lagi agenda digital negara menuju ke arah "Fourth Industrial Revolution".

 

5.    Penubuhan Syarikat Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), sememangnya adalah bertujuan untuk mencapai keberkesanan dari segi penjimatan kos dalam penyediaan infrastruktur dan bagi membolehkan infrastruktur untuk disediakan dengan lebih meluas di Negara ini.  Pada masa yang sama, langkah ini juga membukakan platform bagi penyedia-penyedia perkhidmatan untuk lebih berdaya-saing dan fokus dalam strategi perniagaan dan perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

 

6.    Dalam hal ini, dengan adanya persaingan, ianya dihasratkan akan menggalakkan lagi innovasi dan kreativiti dikalangan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna seiring dengan kepesatan teknologi.

 

7.    Bagi memanfaatkan lagi pencapaian dalam sektor telekomunikasi ini, inisiatif-inisiatif dalam meningkatkan sumbangan sektor telekomunikasi ke pembangunan negara juga sedang giat dijalankan dengan kerjasama padu di antara agensi-agensi Kerajaan dan swasta iaitu –

 

8.    Melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan pihak Darussalam Assets (DA) selaku peneraju utama dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan pihak AITI selaku pengawalselia dan pemudahcara dari segi dasar, regulatory, perlesenan dan penjagaan kepentingan orang ramai dalam menikmati perhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti dan mempunyai pelbagai pilihan, sekaligus bagi memudahcara perniagaan dan aktiviti-aktiviti perekonomian dan pelaburan.

 

Yang Berhormat Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

 

9.    Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut menjunjung tinggi Titah saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dan berkesan bagi membukakan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam.

 

10.  Alhamdullillah, melalui pendekatan "Whole of Nation", dan dalam mendokong jua dasar strategi Manpower and Employment Council (MPEC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telahpun dan akan meneruskan perlaksanaan beberapa inisiatif bagi meningkatkan peluang pekerjaan terutama sekali untuk anak-anak tempatan kitani. Di antara insiatif tersebut ialah program AITI Apprenticeship yang telah dilaksanakan tahun ini bagi membantu meningkatkan kemahiran serta tahap marketability dalam mencari peluang pekerjaan mahupun dalam menerokai bidang perniagaan.

 

11.  Akhir sekali, Kaola sekali lagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas kurnia titah Baginda yang jelas menekankan agar semua perancangan dan usaha untuk disasarkan pada matlamat utama negara yang semakin menghampiri kita iaitu Wawasan Brunei 2035.

 

Sekian, terima kasih Yang Di-Pertua.



Attachments
Created at 14/03/2020 10:35 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir
Last modified at 14/03/2020 10:35 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir