Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 18 Jun 2022 - Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam ke Thailand dan Republik Demokratik Timor-Leste

​Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu iaitu Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Thailand dan Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Demokratik Timor-Leste, di bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi hari ini.

Mereka telah menerima surat watikah pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022. 

Turut hadir Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Haji ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), dan Awang Haji Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan).





Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi




Attachments