Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 16 Jun 2022 - Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-19 (AMMSTI-19) dan Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-81 (COSTI-81)
Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-19 (AMMSTI-19) pada 16 Jun 2022 secara maya. 



Pada tahun ini, Mesyuarat AMMSTI-19 telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Huynh Thanh Dat, Menteri Sains dan Teknologi, Vietnam. Hasil daripada mesyuarat tersebut antaralainnya adalah pengesahan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-81 (COSTI-81) mengenai:

I. Pengemaskinian mengenai status pelaksanaan inisiatif-inisiatif Keutamaan Tahunan COSTI
bagi tahun 2022 (ASEAN COSTI 2022 Priorities)
II. Pengesahan bagi inisiatif-inisiatif Keutamaan Tahunan COSTI bagi tahun 2023 (ASEAN COSTI
2023 Priorities)
III. Cadangan laporan untuk memudahkan dan menambah baik akses kepada sumber
pembiyaan yang tersedia ada, termasuk Dana Rakan dialog ASEAN
IV. Meningkatkan lagi penglibatan sektor swasta melalui kaedah Public-Private-Partnership.

Mesyuarat turut memuatkan sesi bertukar pandangan mengenai kaedah memaanfaatkan sains, teknologi dan inovasi dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) dan pemacuan peralihan kepada ekonomi rendah karbon melalui teknologi Revolusi Perindustrian Ke-empat (4IR). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga turut mengongsikan mengenai perkembangan dan komitmen Negara Brunei Darussalam kearah mencapai SDG melalui beberapa inisiatif seperti penubuhan Electric Vehicles Joint Task Force (EJTVF) dan pelancaran Protokol Hijau yang mendokong Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP).

Didalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri juga mengongsikan bahawa wadah (platform) AMMSTI ini berpotensi dalam membantu membina infrastruktur yang berdaya tahan, yang menggalakkan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan mampan dengan mengambil peluang hubungan rapat Negara Anggota ASEAN untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, termasuk penggunaan teknologi.



Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Pengerusi Board of Advisors kepada COSTI (BAC),  JawatankuasaJawatankuasa Kecil (Sub-Committees) di bawah COSTI dan juga disertai oleh pegawai-pegawai kanan di MTIC.

Sebelum Mesyuarat AMMSTI-19, Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-81 (COSTI-81) telah bersidang pada 13 sehingga 14 Jun 2022 yang telah dihadiri oleh Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi Negara Brunei Darussalam bagi ASEAN COSTI. Mesyuarat COSTI81 pada tahun ini telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Bui The Duy, Timbalan Menteri, Kementerian Sains dan Teknologi, Vietnam.


Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
16 Jun 2022



Attachments