Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 11 Jun 2022 - Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 (MYCE): Hari Keempat, Minggu Teknologi Digital
Minggu Teknologi Digital meneruskan siri acara dan aktiviti anjuran bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Persekutuan InfoCom Brunei (IFB) beserta agensi-agensi yang lain. Aktiviti tersebut dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Berakas.

Alumni BICTA meneruskan pameran mereka dengan tema 'Connect 2022' yang menampilkan 9 produk dan perkhidmatan daripada peserta-peserta BICTA yang terdahulu, di samping perbincangan mejabulat dan Fireseide Talks dengan ahli-ahli Alumni BICTA. UTB juga meneruskan siri acaranya dengan Bengkel 4IR Robotic & Coding Conquest 2022 yang menampilkan Augmented and Virtual Reality serta Jerayawara CIPTA.

Di samping itu, Brunei Shell Petroleum (BSP) dengan kerjasama Google Developer Group (GDG) Brunei dan Women Tech Maker (WTM) Brunei turut mengadakan Sesi Bengkel Sains Data yang digelar Mind the (Data) Gap! dan Exploring Data with Python.

MYCE 2022 Minggu Teknologi digital juga menganjurkan siri pembentangan awam dan perbincangan panel oleh pakar tempatan dan serantau dan dimulakan dengan pembentangan daripada Yang Mulia Dayang Farah Atiyah Haji Zainal Abidin, Pengurus (Perlindungan Data Peribadi), AiTi bertajuk ' Brunei Darussalam’s Personal Data Protection Journey begins here’ di mana beliau berkongsi perspektif untuk perjalanan perlindungan data peribadi Negara Brunei Darussalam ke arah memajukan inovasi digital. Ini diikuti dengan perbincangan panel mengenai topik Langkahlangkah untuk Perlindungan Data dalam Era Digital yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Yang Mulia Jasmine Kristin Wong (Perundangan Korporat), AiTi, Yang Mulia Koh Suat Hong Timbalan Pengarah Teknologi Data, Personal Data Protection Commission (PDPC), Republik Singapura, Yang Mulia Mohammad Azad Zaki Haji Mohammad Tahir, Timbalan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Cyber Security Brunei (CSB) dan Yang Mulia June Qiu Ketua Keselamatan, EVYD Technology Sdn. Bhd. Sesi itu dikendalikan oleh Yang Mulia Tina Lim-Keasberry Penolong Ketua Eksekutif (Market Regulation Group), AiTi.

Persidangan ini juga turut menampilkan sesi pembentangan mengenai topik 'Kesan COVID-19 kepada Ekonomi Kreatif Digital' yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Alex Fischer, Dekan dari Mahakarya Institute of the Arts Asia.

Tujuan sesi tersebut adalah untuk mendidik peserta tentang keperluan teknikal platform digital dan seterusnya berkongsi mengenai pelbagai jenis platform baru yang terwujud susulan daripada berlakunya pandemik COVID-19 secara global, termasuklah platform digital. Sesi berkenaan juga mengambil peluang untuk mewujudkan kesedaran tentang teknologi yang sentiasa berubah dalam pembikinan filem dan meningkatkan kualiti kandungan tempatan melalui kemajuan teknologi.

Pengenalan kepada E-Sports Brunei (ESB) dan objektif utama mereka turut disampaikan oleh wakil dari E-Sports Brunei yang berkongsi pertumbuhan landskap e-sukan dan peluang dalam penciptaan pekerjaan Brunei Darussalam dan seterusnya membangunkan bakat tempatan untuk menembusi peringkat antarabangsa.

Acara persidangan diakhiri pada sebelah petang dengan empat pembentangan iaitu mengenai topik Artificial Intelligence (AI) dan Big Data oleh pelbagai pakar termasuk wakil daripada EVYD Technology Sdn. Bhd., Universiti Brunei Darussalam (UBD), Think Axis Solutions dan Unified National Networks Sdn. Bhd.

Persidangan selama 4 hari itu telah menarik lebih kurang 400 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan, sektor swasta, pelajar dan orang awam. Minggu Teknologi Digital berakhir dengan penyampaian hadiah untuk Pertandingan Giveaway Instagram dengan hadiah berupa komputer riba serta hadiah berbentuk baucar tunai untuk pemenang-pemenang yang bertuah.

Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2022 dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkepentingan dan agensi swasta. Acara Brunei MYCE 2022 turut disokong penuh oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan. Rakan kongsi lain yang turut menyokong acara Brunei MYCE 2022 termasuk D’Sunlit Sdn Bhd sebagai pengendali acara; Datastream Digital Sdn Bhd (DST) sebagai rakan kongsi Telco rasmi; serta rakan media rasmi iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn Bhd. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.bruneitourism.com/brunei-myce/ atau www.gov.bn/digitech dan ikuti akaun Instagram: @bruneimyce atau @bruneimyce.digitech 


Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments