Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 10 Jun 2022 - Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 (MYCE): Hari Ketiga, Minggu Teknologi Digital
Minggu Teknologi Digital diteruskan hari ini dengan pelancaran acara Alumni BICTA bertemakan 'Connect 2022', bertempat di Dewan Sidang Media, Konvensyen Antarabangsa Center (ICC), Berakas. Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Sarimah Pg Hj Abd Latif, Pengerusi Persekutuan InfoCom Brunei yang menekankan bahawa acara yang dianjurkan bersama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AiTi) dan Persekutuan InfoCom Brunei (IFB)  menyasarkan untuk sembilan (9) pameran oleh Peserta BICTA sebelumnya serta The Tech Community yang diwakili oleh Google
Developers Group Brunei, Women TechmakerBrunei, BruGameDeveloper dan Anak IT disamping penyertaan Komuniti Pi Brunei dalam mempromosikan pelbagai jenis aktiviti digital. 

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian pelantikan Presiden Alumni BICTA, Dr Yong Chee Tuan serta perbincangan meja bulat bagi membangunkan Misi dan Aktiviti Alumni BICTA dalam menyokong objektif alumni iaitu menyediakan platform jaringan kepada peserta melibatkan diri dengan industri, perniagaan, teknikal, pemimpin dan bakal pelabur. Alumni juga berharap dapat bertindak sebagai  pemangkin kepada perniagaan yang inovatif untuk terus berkembang dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat Negara Brunei Darussalam dengan sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan kerajaan.

BICTA Alumni Connect 2022 juga akan menampilkan sesi fireside chat esok dan menyimpulkan hasil perbincangan meja bulat sebelumnya. 

Minggu Teknologi Digital MYCE 2022 juga diteruskan dengan Program Hari 3 siri persidangannya dengan pembentangan Pendigitalan Perkhidmatan yang disampaikan oleh Yang Mulia Toh Eu Jin, Timbalan Pengarah (Pembiayaan Bas, Pelaburan dan Tadbir Urus / Hubungan Antarabangsa) daripada Land Transport Authority (LTA), Republik Singapura serta pembentangan mengenai perkongsian perjalanan transformasi digital Brunei Shell Petroleum (BSP) untuk membantu pendigitalan industri/organisasi lain, dengan memberi peluang pembelajaran dari perspektif industri dan keperluan perniagaan kearah digitalization yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Sofiah Haji Umar, Pengurus Digitalization Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP).

Acara hari ini diakhiri dengan sesi panel dengan topik 'From Survive to Thrive' yang disampaikan oleh panelis dari Dynamik Technologies yang membincangkan dan mengetengahkan isu berkaitan dengan pendigitalan dalam norma baharu yang memfokuskan pada Kecekapan Operasi, Pengalaman Pekerja dan Penglibatan Pelanggan / Orang Ramai dan topik ‘Redefining the Possible’ daripada wakil dari Brunei Innovation Lab (BIL).

Aktiviti lain turut diadakan secara selari pada sesi Minggu Teknologi Digital hari ini yang merangkumi 4IR Robotic & Coding Conquest 2022 anjuran Universiti Teknologi Brunei (UTB), Brunei Content Festival Exhibition, Code for Fun, dan Digital Literacy Classes for Senior Citizens anjuran Pihak Berkuasa Industri Teknologi Maklumat Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) serta Banking on Low Code, Technical Roundtable for the Financial Services Industry, anjuran Dynamik Technologies Sdn. Bhd.

Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2022 dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkepentingan dan agensi swasta. Acara Brunei MYCE 2022 turut disokong penuh oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Rakan kongsi lain yang turut menyokong acara Brunei MYCE 2022 termasuk D’Sunlit Sdn Bhd sebagai pengendali acara; Datastream Digital Sdn Bhd (DST) sebagai rakan kongsi Telco rasmi; serta rakan media rasmi iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web  https://www.bruneitourism.com/brunei-myce/ atau www.gov.bn/digitech dan ikuti akaun Instagram: @bruneimyce atau @bruneimyce.digitech


Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments