Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 7 September 2021 - Forum Kerjasama Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea kali ke-11


Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di  Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), telah menghadiri Forum Kerjasama Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea kali ke-11 pada 7 September 2021 melalui sidang video.

Forum Kerjasama Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea kali ke-11 ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Mr. NOH Hyeong Ouk, Minister of Land, Infrastructure and Transport, Ministry of Land, Infrastructure and Transport (MOLIT), Republik Korea.  Dalam ucapan pembukaannya, Tuan Yang Terutama Mr. NOH Nyeong Ouk menekankan keperluan untuk meluaskan dan memantapkan kerjasama pengangkutan diantara ASEAN dan Republik Korea dalam mencapai pengangkutan yang berdayatahan memalui mempertingkatkan sistem pengangkutan digital.

Semasa Forum Kerjasama Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea kali ini, satu ucapan khas bertajuk "Enhancing the ROK-ASEAN Cooperation in the Era of the Pandemic and the 4th Industry Revolution" telah disampaikan oleh Tuan OH Jaehak, Presiden Korea Transport Institute (KOTI).  Dalam ucapannya, Tuan OH Jaehak menyampaikan keperluan pergerakan (mobility) yang berinovasi dan transformasi dalam Revolusi Industri ke-4 dan pandemik COVID-19 yang akan memberikan hala tuju dasar pengangkutan serta kerjasama pengangkutan diantara ASEAN dan Republik Korea.

Forum ini juga membincangkan dasar pengangkutan yang mampan bagi menangani pandemik COVID-19, khususnya mengenai "Digital New Deal and Logistics Policy" di Republik Korea, serta status perlaksanaan bagi projek-projek di bawah rangka kerja ASEAN-ROK Transport Cooperation Roadmap 2021–2025.  Negara-negara ahli ASEAN, termasuk Negara Brunei Darussalam, juga menyampaikan dasar pengangkutan masing-masing berasaskan kepada tema forum tahun ini iaitu "Future Directions for ASEAN Sustainable Transport Policies: Coping with Global Challenges Including COVID-19".

Forum Kerjasama Pengangkutan ASEAN dan Republik Korea adalah satu platform tahunan yang diterajui oleh Ministry of Land, Infrastructure and Transport (MOLIT), Republik Korea bagi membincangkan hal semasa di sektor pengangkutan dan inisiatif-inisiatif pengangkutan dibawah rangka kerja ASEAN-ROK Transport Cooperation Roadmap.

Persidangan ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan juga Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).


Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam


Attachments