Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 20 Julai 2021 - Sidang Media Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR)

Bismillahirrahmaan nirraheem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu bagi pihak Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), peramba/saya selaku Setiausaha MKKJR ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas kehadiran rakan-rakan media ke sidang media pada pagi ini.

2. Bersama peramba/saya pada pagi ini ialah Yang Mulia Tuan Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Ketua Urusetia MKKJR, Yang Mulia Tuan Lim Hock Guan, Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Mohamad Fadhillah bin Awang Sulaiman, selaku Wakil Pengerusi Persatuan Peniaga Automobil Brunei atau Brunei Automobile Traders Association (BATA).

3. Tujuan utama sidang media pada pagi ini adalah untuk menarik perhatian mengenai pentingnya untuk memastikan kenderaan yang dipandu adalah dalam keadaan baik dan selamat. Daripada pemantauan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), terdapatnya beberapa kes di negara ini yangmana daripada tahun-tahun kebelakangan hinggalah sekarang, kes-kes kenderaan terbakar. Sehubungan itu, pada pagi ini, akan dikongsikan maklumat-maklumat yang berkenaan dengannya termasuk statistik kenderaan terbakar serta tindakan keselamatan bila mengalami kenderaan terbakar.

4. Hasil daripada perangkaan Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, sebanyak 58 buah kenderaan terbakar telah terlibat setakat bulan Januari 2021 hingga 18 Julai 2021. Manakala sepanjang tahun 2019 dan 2020, sebanyak 93 buah kenderaan terbakar telah dilaporkan iaitu meningkat sebanyak 28 buah dari tahun 2018 yang merekodkan sebanyak 65 buah.



5. Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, antara punca utama kenderaan terbakar adalah daripada tiga (3) penyebab iaitu kebocoran hos minyak, kerosakan peralatan kenderaan dan pendawaian yang menyebabkan litar pintas: -




6. Untuk itu sukacita menjemput Yang Mulia Tuan Lim Hock Guan, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat untuk menerangkan langkah-langkah dan tindakan keselamatan bila mengalami kenderaan terbakar.

(Penerangan daripada Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat)


7.  Selanjutnya, sukacita menjemput Yang Mulia Tuan Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat untuk menyampaikan mengenai panduan-panduan ringkas mengenai pemeliharaan kenderaan.
(Penerangan daripada Pengarah Pengangkutan Darat)
 

8. Pihak pengedar-pengedar kenderaan juga mempunyai initiatif untuk membantu ke arah memastikan kenderaan baik dan selamat dipandu.  Seterusnya menjemput Yang Mulia Mohamad Fadhillah bin Awang Sulaiman, selaku Wakil Pengerusi BATA yang akan mengongsikan beberapa perkara yang berhubungkait dengan keselamatan kenderaan.

(Penerangan daripada Wakil Pengerusi BATA)

 

[Recall:

  • Salah satu usaha pihak pengedar-pengedar kenderaan dalam memastikan keselamatan para pengguna ialah untuk membuat penggantian keatas peralatan  kenderaan (recall parts) yang tersenarai dalam recall list dari pihak pembuat kenderaan.
  • Pihak pengedar akan terus menghubungi pemilik-pemilik kenderaan bagi penggantian peralatan berkenaan semata-mata bagi memastikan kenderaan yang di gunakan adalah didalam keadaan selamat.
  • Oleh itu, sukacita di pohonkan kerjasama pemilik-pemilik kenderaan supaya akan dapat menghubungi pengedar kenderaan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggantian peralatan berkenaan.

Khidmat nasihat dan penyelenggaraan:

  • Pemilik-pemilik kenderaan adalah digalakkan untuk berhubung dengan pengedar-pengedar kenderaan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas kenderaan, jika diperlukan.
  • Pengedar-pengedar kenderaan turut bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pemilik-pemilik kenderaan dari masa ke semasa.]

     

9. Pihak MKKJR ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa membuat pemeliharaan dan penjagaan keatas kenderaan-kenderaan bagi memastikan ianya dalam keadaan selamat untuk dipandu di jalan raya.

10. Dikesempatan ini juga, pihak MKKJR tidak lupa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan atau mengongsikan sebarang maklumat berkaitan keselamatan jalan raya. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini akan dapat membantu pihak MKKJR mengambil tindakan sebeberapa segera demi mengelakkan atau mengatasi kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sekian disampaikan.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Disediakan oleh:

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya

Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan)

Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi




Attachments