Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 20 Julai 2021 - Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Yang Ke-75 Tahun



Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun pada petang ini, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

Majlis tersebut diadakan adalah sebagai mezahirkan tanda syukur di atas kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Awang Haji Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Pihak Berkuasa; Ketua-Ketua Bahagian; pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat diikuti dengan bacaan surah Yaasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau LTAB. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.



Disediakan Oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments