Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu,17 Julai 2021 -Penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Inovasi (CREATES)

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (Council for Research and The Advancement of Technology and Science - CREATES) pada 10 April 2021.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus menekankan dan memberi keutamaan kepada kepentingan penggunaan dan pembangunan teknologi sebagai pemacu utama dalam merealisasikan visa Wawasan 2035. Sejajar dengan ini, kerajaan sedang menyeleraskan dan memperkemaskan usaha bagi mendokong pengembangan dan penyebaran teknologi yang akan dapat memberikan manfaat kepada pihak berkepentingan utama, terutamanya bagi memfokuskan pembangunan ekonomi.
Dalam pada itu, Penubuhan CREATES adalah bagi menggantikan dan mengambil alih fungsi dan tanggungjawab dua badan sebelumnya. Pertama adalah Majlis Penyelidikan Brunei (Brunei Research Council – BRC) yang mana telah ditubuhkan pada tahun 1987 bagi menyokong projek penyelidikan dan pembangunan (Research and Development – R&D) yang mana dapat menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara. Kedua adalah Jawantankuasa Kebangsaan Sains dan Teknologi yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan bertanggungjawab bagi mengenalpasti dan merumuskan kemajuan dalam sains dan teknologi yang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan sosial di Negara Brunei Darussalam.

Bagi langkah seterusnya, CREATES adalah sebagai platform baharu untuk mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi (STI). Pada masa ini, Majlis sedang memfokuskan usaha kepada pengembangan Rangka Kerja Kebangsaan STI dan racangan tindakan yang relevan. Selain itu juga, Majlis akan mengkaji semula pelbagai skim dan mekanisme pembiayaan bagi menyokong keseluruhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di negara ini.

CREATES ini dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan keahliannya merangkumi Setiausaha Tetap dari pelbagai Kementerian, serta pihak berkepentingan utama dari Institusi Pengajian Tinggi dan sektor swasta. Majlis ini juga disokong oleh dua Jawatankuasa Kerja:

● Jawatankuasa Kerja Penilaian dan Sokongan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Jawatankuasa Kerja ini ditugaskan untuk menasihati Majlis mengenai pembangunan dasar dan strategi nasional yang berkaitan dengan STI dan R&D serta meneliti projek cadangan penyelidikan.

● Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap (Prestasi dan Korporat) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Jawatankuasa Kerja ini ditugaskan untuk meninjau kemajuan projek penyelidikan yang sedang berjalan untuk memastikan perkembangan dan keberkesanannya.

Insya'Allah, penubuhan CREATES akan membantu menyokong pengembangan aktiviti-aktiviti STI di Negara Brunei Darussalam, dan juga memacu pembangunan ekonomi dan sosial ke arah merealisasikan visi Wawasan 2035 untuk mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, kualiti kehidupan yang tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdayatahan.

Bagi makluman lanjut, sila layari laman sesawang www.mtic.gov.bn/creates


Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments