Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 08 April 2021- Memperkenalkan Fungsi Pencarian (Search) Nombor Pendaftaran NomborKu

Susulan Sidang Media dan Siaran Akhbar Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada 24 Februari 2021, Jabatan ini ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa laman info nombor pendaftaran kenderaan iaitu NomborKu (www.jpd.gov.bn/NomborKu) yang telah dilancarkan pada tarikh yang sama di atas, kini sudah mempunyai ciri pencarian (search) bagi semua siri nombor-nombor pendaftaran.

Ini adalah salah satu inisiatif penambahbaikan NomborKu yang dilaksanakan oleh JPD dengan hasrat memudahkan orang ramai dalam membuat pencarian nombor-nombor pendaftaran di dalam NomborKu. Orang ramai seterusnya boleh mengisi borang digital yang dipautkan di nombor-nombor kenderaan yang belum berdaftar atas kenderaan bagi membuat pertanyaan lanjut akan kesediaan nombor tersebut untuk dibeli.

JPD juga akan memperkenalkan ciri-ciri penambahbaikan yang lain dalam fasa-fasa seterusnya yang antaranya termasuk fungsi dalam dwi-bahasa dan permohonan dan pembayaran secara online.

Dalam kesempatan ini, sukacita juga mengingatkan orang ramai yang telah berjaya memperolehi nombor pendaftaran kenderaan untuk mendaftarkan nombor berkenaan ke atas kenderaan dalam tempoh 30 hari seperti syarat yang ditetapkan. Orang ramai boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh 30 hari tersebut dengan membuat pembayaran holding fee sejumlah $60.00 dan tempoh pendaftaran akan dilanjutkan menjadi 3 tahun.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD menerusi talian +673 2451979/90/87 sambungan 111 pada waktu pejabat atau melalui emel: info-ltd@jpd.gov.bn

 

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi




Attachments