Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 03 April 2021 - Hari Terbuka Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan satu hari terbuka hari ini bertempat di Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Tujuan hari terbuka ini diadakan untuk memberi pengenalan Kementerian ini serta memberigakan beberapa dasar-dasar dan Pelan Strategik dibawah Kementerian ini termasuk Kenderaan Elektrik (EV).

Sesi-sesi dimulakan dengan taklimat mengenai Pelan Strategik MTIC dan diikuti dengan Taklimat Kesedaran Keselamatan Jalan Raya. Pengunjung-pengunjung yang terdiri dari orang awam dan sekolah-sekolah dan penuntut dari institusi tinggi seterusnya mengunjungi pameran dari Jabatan Kajikuaca, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Perkhidmatan Pos. Pengunjung juga berpeluang untuk menguji pandu Kenderaan Elektrik serta mengalami Seat Belt Convincer bagi meningkatkan kesedaran kepentingan pemakaian tali keledar keselamatan.

Dalam beberapa minggu yang akan datang ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan mengadakan beberapa hari terbuka bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mempamerkan fungsi, peranan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang turut ditawarkan kepada orang ramai dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung-pengunjung ke Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Maklumat terkini seperti jadual dan aktiviti boleh di dapati di laman Instagram rasmi MTIC iaitu @mtic.bn.

 

-TAMAT-

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat, MTIC

pr@mtic.gov.bn

Attachments