Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Mesej Tular Mengenai Perbuatan Penipuan Menjual Nombor Pendaftaran Kenderaan Menggunakan Maklumat Palsu

Berikutan dengan penyebaran mesej tular melalui aplikasi media sosial WhatsApp dan Facebook baru-baru ini mengenai perbuatan penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan menggunakan maklumat peribadi palsu, Jabatan Pengangkutan Darat memaklumkan bahawa kes berkenaan sedang dalam siasatan Pasukan Polis Diraja Brunei.

JPD ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dalam mendapatkan perkhidmatan atau langganan berkaitan dengan JPD yang ditawarkan diluar daripada perkhidmatan pejabat JPD atau laman rasmi JPD atau ditawarkan oleh mana-mana pihak individu yang diragui kesahihannya.

Khusus mengenai nombor pendaftaran, orang ramai bolehlah mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan melalui dua (2) cara yang teratur iaitu Tawaran Tertutup (Closed-tender) dan Tawaran Terbuka (Open-tender).  Tawaran Tertutup (Closed-tender) ialah tawaran nombor pendaftaran yang dibuat melalui pengeluaran iklan-iklan tawaran  melalui siaran Radio dan Telivisen Brunei, saluran media rasmi seperti Pelita Brunei atau media cetak seperti Borneo Bulletin serta laman web rasmi JPD. Mana kala itu, Tawaran Terbuka (Open-tender) adalah bagi nombor pendaftaran kenderaan selainnya yang boleh dipohonkan secara dalam talian (online) melalui emel rasmi JPD dan melalui kaunter perkhidmatan berkenaan.

Manakala itu, JPD jua menyediakan perkhidmatan serah milik nombor pendaftaran kenderaan. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan baik demi mengelakkan sebarang unsur penipuan dan perselisihan faham dengan berurusan ke kauntar JPD yang telah disediakan.

JPD ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah menjadi kesalahan melakukan penyamaran sebagai seorang penjawat awam dan perbuatan ini boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 170 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh tujuh (7) tahun atau denda.  Bagi memakai tanda yang digunakan oleh kakitangan kerajaan dengan niat hendak menipu adalah kesalahan mengikut Syesken 171 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 membawa hukuman penjara tiga (3) tahun atau denda.

Manakala, perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka oleh mereka yang semata-mata berniat untuk mengelirukan adalah menjadi kesalahan dan boleh dilaporkan di bawah perundangan Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah, yang menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara tiga tahun dan denda sebanyak BND3,000.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai bolehlah berhubung terus dengan JPD melalui talian telefon 2451979/80/87 (waktu pejabat) atau e-mel info_ltd@jpd.gov.bn dan mengunjungi laman sesawang JPD www.jpd.gov.bn.

 

 

Pengarah Pegangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments