Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 16 November 2020 - Sesi Muzakarah Antara Pihak Ahli-Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) dengan Pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC)

Sesi Muzakarah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersama Ahli-Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah diadakan pada petang ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Hadir di sesi muzakarah tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC). Manakala rombongan Ahli-Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei seramai 18 orang diketuai oleh Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad selaku Yang DiPertua DPPMB.

Majlis Sesi Muzakarah didahului oleh bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat, diikuti dengan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Ucapbalas seterusnya disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad, Yang DiPertua DPPMB. Sesi Muzakarah seterusnya mengongsikan mengenai Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC 2025) dan Digital Economy Masterplan (DEM) yang telah disampaikan oleh Pegawai-pegawai Kanan di kementerian tersebut, dan kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab.

Sesi Muzakarah antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC)  bersama Ahli-Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) adalah satu platform untuk mengongsikan mengenai hala tuju MTIC dan peluang-peluang yang ada yang boleh diambil oleh peniaga-peniaga tempatan dan juga ahli-ahli DPPMB. Sesi tersebut juga memberi peluang kepada pihak DPPMB berkongsi pemikiran dan memberikan pendapat atau cadangan dalam membantu Kerajaan dan MTIC mencapai Wawasan 2035.

Ahli-Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) juga dibawa menyaksikan "Innovation Showcase" dan juga Galeri Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) di lobi Kementerian yang memperlihatkan inovasi pintar sebagai gambaran sepintas lalu "smart nation" yang dimudahcara dengan kemajuan teknologi dan inovasi terkini. Sementara itu, Galeri MKKJR turut menonjolkan kemajuan-kemajuan terkini dalam usaha mensasarkan "zero fatality" bagi kemalangan jalan raya di negara ini menjelang 2025. 

Turut hadir di sesi muzakarah tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Yang Mulia Dyg Mazriyani binti Haji Abdul Ghani, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

 

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments