Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 11 November 2020 - Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi Tahun 1442H/ 2020M
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1442H / 2020M pada pagi ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Dalam menyemarakkan acara sambutan ini, majlis turut diserikan dengan ceramah bertajuk "Membangun Dengan Akhlak Nabi Muhammad Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam" yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Dr Mohammad Hilmi Baihaqy Bin Haji Awang Yussof, Pensyarah Fakulti Pembangunan Pengurusan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan- Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Pusat Kebangsaan E-Kerajaan 
E-mel: corpcomms@egc.gov.bn 
Tel: 2424955 samb 331 / 139



Attachments