Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 14 Oktober 2020 - Pelaksanaan Pengunaan Pelekat Pas Kenderaan bagi Mengawal Kenderaan-Kenderaan Luar Negara yang berada di Negara Brunei Darussalam semasa Pandemik COVID-19
Sebagai susulan kepada kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 30 September 2020 mengenai “Pelaksanaan Penggunaan Pelekat Pas Kenderaan Bagi Mengawal Kenderaan-Kenderaan Luar Negara yang berada di Negara Brunei Darussalam semasa Pandemik COVID-19”, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dengan ini mengingatkan orang ramai, kenderaan-kenderaan yang dikehendaki untuk dilekatkan dengan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ialah seperti berikut :-

i) Kenderaan-kenderaan berdaftar di luar negara yang telah mendapat kebenaran pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk menetap di Negara ini kerana bertugas atau bagi tujuan seumpamanya; dan

ii) Kenderaan-kenderaan luar negara yang memasuki Negara ini bagi tujuan pengangkutan barangan-barangan pertanian, agrimakanan dan perikanan dengan kebenaran dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT).

Pemilik-Pemilik atau Pemandu kenderaan daftar luar negara berkenaan bolehlah mendapatkan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara yang dimaksudkan melalui aplikasi mudah alih TransportBN bagi versi iOS atau versi Android atau melalui laman
sesawang JPD iaitu www.jpd.gov.bn. Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ini akan dilekat di cermin belakang kenderaan atau di cermin tingkap sebelah kiri sisi penumpang depan.

Adapun tujuan utama penguatkuasaan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ini adalah sebagai salah satu langkah pengawalan kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang berada di negara ini semasa pandemik Covid-19 yang masih berlaku pada masa ini.

Penguatkuasaan akan bermula setelah tamat tempoh ‘grace period’ untuk membuat permohonan selama dua (2) minggu dari tarikh permakluman mengenai penguatkuassan.

Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara pada 01 Oktober 2020. Oleh itu diingatkan kepada pemilik-Pemilik atau pemandu kenderaan daftar luar negara untuk dengan segera mendapatkan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara.

JPD ingin mengingatkan mana-mana kenderaan daftar luar Negara yang berada di dalam Negara ini tanpa Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara adalah melakukan satu kesalahan. Kegagalan mematuhi Peraturan ini akan diambil tindakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun sehingga $5,000 atau boleh didakwa ke mahkamah yang membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi talian cemas pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Talian 993; dan melalui Talian Darussalam 123 atau melalui applikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar-gambar kenderaan yang terbabit.

Pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh diperolehi daripada JPD melalui talian 2384561 dan emel info_ltd@jpd.gov.bn.


Disediakan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
26 Safar 1442H / 14 Oktober 2020M


Attachments