Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 5 Oktober 2020 - Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi berikutan beberapa kejadian Kenderaan-Kenderaan Terbakar di Negara Brunei Darussalam



1.    Berikutan kejadian-kejadian kenderaan terbakar yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah membuat beberapa pembaharuan dan penyelerasan keatas dasar-dasar mengenai pengawalseliaan dan prosedur pemberian kelulusan kepada bengkel-bengkel kenderaan dan Stesen-stesen Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection Stations (VIS)) di Negara Brunei Darussalam. Antara usaha-usaha segera yang telah dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersama dengan agensi-agensi yang berkenaan adalah untuk menjalankan satu kajian mengenai punca-punca kekerapan kejadian kenderaan terbakar di negara ini. 

2. Sehubungan ini, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan mengeluarkan notis arahan kepada semua enam belas (16) buah Stesen-stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) di negara ini bagi penambahbaikkan teknikal aspek yang wajib diperiksa oleh setiap VIS ke atas semua kenderaan yang berumur tujuh (7) tahun keatas seperti pemeriksaan bawah kenderaan iaitu (under-carriage), pendawaian (wiring) dan bateri. 

3. Manakala bengkel-bengkel kenderaan yang sudah beroperasi yang belum berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Darat akan dikehendaki berbuat demikian untuk mendapatkan pengiktirafan.

4. Bagi melaksanakan perkara-perkara ini, peraturan baharu akan diperkenalkan, inshaAllah, bagi pengawalseliaan bengkel-bengkel kenderaan dan VIS yang berdaftar di bawah JPD bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh bengkel-bengkel yang diiktiraf. 

5. Seterusnya, Jabatan Pengangkutan Darat dan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Authority for Building and Construction Industry (ABCi), dan Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) akan meneruskan untuk membuat pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel kenderaan dan VIS yang telah dikenalpasti serta memantau kes-kes kejadian kebakaran kenderaan di negara ini. Usaha-usaha akan dibuat untuk melakukan pemeriksaan-pemeriksaan rambang ke syarikat-syarikat berkenaan dan premis bengkel-bengkel dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan bagi memastikan peraturan dan piawaian keselamatan adalah sentiasa dipatuhi. 

6. Agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak individu atau bengkel-bengkel yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang berjalan dari masa kesemasa.

7. Orang ramai juga dapat menghubungi Talian Darusalam melalui 123, Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar-gambar mengenai bengkel-bengkel yang dipercayai terbabit.



-TAMAT-

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

17 Safar 1442H / 05 Oktober 2020M



Attachments