Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 18 Julai 2020 - Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Yang Ke-74 Tahun

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 Tahun pada petang ini, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

 

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Md Ismail bin Pg Haji Tuah, Imam Surau LTAB, diikuti dengan bacaan Doa sebagai melahirkan tanda syukur di atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Turut hadir Di Majlis tersebut ialah Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat); Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Pihak Berkuasa; Ketua-Ketua Bahagian; pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.



Disediakan Oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments