Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu,17 Jun 2020- Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN Ke-49 dan Mesyuarat Ad Hoc Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN-China

​Negara Brunei Darussalam telah menjadi Pengerusi dan juga Tuan Rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN kali ke-49 (49th STOM) dan juga Mesyuarat Ad-Hoc Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN-China pada 17hb Jun 2020 yang diadakan melalui aplikasi persidangan video atau ‘video conferencing’.

Mesyuarat 49th STOM telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan disertai oleh perwakilan-perwakilan daripada Negara-Negara Ahli ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

Mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Zain bin Pengiran Haji Abd. Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut serta dalam delegasi ialah Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak Berkuasa dibawahnya.

Mesyuarat tersebut merupakan perjumpaan tahunan bagi membincangkan langkah-langkah sokongan dasar serta hala-tuju yang perlu bagi pembangunan industri dan infrastruktur pengangkutan. Ianya juga turut membincangkan perkembangan dalam memperkukuhkan lagi kesalinghubungan sektor pengangkutan di rantau ASEAN serta meningkatkan integrasi serantau dan daya saing. Selain dari itu, mesyuarat juga telah merebiu projek-projek dan inisiatif sektor pengangkutan ASEAN yang dilaksanakan dan disasarkan sebagai deliverables bagi tahun 2020 antaralainnya

1)  Conclusion of ASEAN-New Zealand Air Services Agreement;
2)  Signing of the ASEAN-EU Comprehensive Air Transport Agreement (CATA);
3)  Launching of ASEAN Land Transport Network Map;
4)  Adoption of the “Guidelines for improving standard procedure for reporting road crashes in ASEAN Member States based on UN standards;
5)  Adoption of Guidelines for Maintenance of Navigation Channel;
6)  Adoption of Guidelines for Safety Measures with Ships’ Routeing;
7)  Mid-term Review of the ASEAN Transport Strategic Plan for 2016-2025 (Kuala Lumpur Transport Strategic Plan); dan
8)  Endorsement of the reviewed version of ASEAN Air Traffic Management (ATM) Master Plan. 

Mesyuarat tersebut juga telah menjadi landasan bagi membincangkan dan mengongsikan inisiatif dan tindakan yang telah diambil oleh Negara-Negara Ahli ASEAN di dalam menangani wabak COVID-19. Perkongsian maklumat mengenai dengan beberapa langkah yang telah diambil di dalam sektor pengangkutan diharap dapat membantu serta memberikan sokongan kepada Negara-Negara Ahli ASEAN dalam sama-sama menangani wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Mesyuarat 49th STOM tersebut telah didahului dengan Mesyuarat Task Force on Mid-Term Review of the Kuala Lumpur Transport Strategic Plan 2016-2025 (KLTSP) yang berlangsung pada 16 Jun 2020. Mesyuarat Task Force ini adalah bagi merebiu dan membincangkan tahap perlaksanaan beberapa projek yang menjadi kegiatan utama (milestone) dibawah KLTSP
2016-2025.

Mesyuarat 49th STOM tersebut seterusnya diikuti dengan Mesyuarat Ad Hoc Pegawai- Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN dan China (STOM + China), yang dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Mr. Zhang Xiaojie, Deputy Director-General, Department of International Cooperation, Ministry of Transport China.

Mesyuarat Ad Hoc STOM dan China diadakan khusus bagi membincangkan cadangan China untuk mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dan China (ASEAN and China Transport Ministers’ Special Meeting) yang dijadualkan untuk diadakan pada bulan Julai 2020. Antara tujuan Mesyuarat Khas tersebut diadakan nanti adalah bagi membincangkan dan sekaligus mengongsikan pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh Negara-Negara Ahli ASEAN dan China di dalam menangani wabak COVID-19, khususnya dalam sektor pengangkutan dan logistik.

Negara Brunei Darussalam adalah Pengerusi kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN (STOM) bagi tahun 2020. ATM dirancang untuk bersidang pada penghujung tahun 2020.



Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam
17hb Jun 2020


Attachments