Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 30 April 2020 - Makluman Mengenai Pembukaan Perkhidmatan Kaunter JPD Pada Setiap Hari Jumaat dan Penggunaan Aplikasi Mudah Alih QueUP

​Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan tempahan tarikh dan waktu (slot) bagi urusan membaharui Lesen Kenderaan, tukar milik, pinjaman/pembatalan tuntutan Bank atau Kerajaan bagi kenderaan (ceased loan) Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat sudah boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih QueUP bermula hari Isnin, 27 April 2020.

Orang ramai bolehlah memuat turun aplikasi mudah alih QueUP melalui Apple App Store atau Google Play dan mengikuti tatacara membuat tempahan awal yang terdapat di dalam aplikasi berkenaan. Untuk memastikan tempahan tarikh dan waktu (slot) yang dikehendaki, orang ramai adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal dan hadir 15 minit sebelum masa tempahan yang telah dipilih demi mengelakkan tempahan tarikh dan waktu (slot) tidak terlepas atau mansuh.

Seterusnya, JPD sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter dilaratkan kepada setiap hari Jumaat bermula 01 Mei 2020 bagi pelanggan-pelanggan membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan yang sudah menempah melalui QueUP dan yang mengambil permohonan yang telah dihadapkan melalui perkhidmatan Talian Darussalam (TD) 123, seperti berikut:

Cawangan JPDWaktu Perkhidmatan Hari JUMAAT

 

  • Ibu Pejabat JPD Gadong

     

 

SETIAP HARI JUMAAT

8.30 - 11.00 Pagi

 

  • Cawangan JPD Daerah Tutong
  • Cawangan JPD Kuala Belait

 

SETIAP HARI JUMAAT

Minggu KEDUA dan TERAKHIR

8.30 - 11.00 Pagi


Dalam pada itu orang ramai adalah juga disarankan untuk membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu secara atas talian (online) melalui www.gov.bn atau TD123.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam JPD di talian 2451979/80/81 sambungan 111 semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@jpd.gov.bn.


HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomuikasi

Tarikh: 30 April 2020

Attachments