Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 22 Mac 2020 - Perubahan Waktu Beroperasi Pos-Pos Kawalan Jabatan Pengangkutan Darat

Dalam usaha bersama mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula hari Sabtu, 21 Mac 2020, waktu beroperasi Pos-Pos Kawalan JPD iaitu Pos Kawalan JPD Sungai Tujoh, Pos Kawalan JPD Kuala Lurah, Pos Kawalan Ujong Jalan dan Pos Kawalan JPD Labu adalah diselaraskan bersama waktu-waktu Operasi Pos Kawalan Imigresen di tempat-tempat yang sama iaitu yang sebelum ini beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam adalah dipendekkan kepada 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.  

Dalam hubungan ini, JPD ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan melalui darat bagi mengelakkan dari kelewatan keluar masuk melalui mana-mana pos kawalan JPD.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2451979/80/81 samb. 111 atau 201 semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.  Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan JPD memohon maaf atas perkara ini.

 

HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

Tarikh:  22 Mac 2020

Attachments