Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 22 Mac 2020 - Perubahan Waktu Beroperasi Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat

Dalam usaha bersama mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua kaunter perkhidmatan JPD di Ibu Pejabat JPD Gadong; Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar;  Pejabat Lama JPD Gadong, Daerah Brunei Muara; Cawangan JPD Daerah Tutong;  Cawangan JPD Kuala Belait dan Cawangan JPD Daerah Temburong akan diubah waktu beroperasi iaitu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja pada hari Isnin hingga hari Khamis dan hari Sabtu.  Sementara setiap hari Jumaat adalah ditutup.  Perubahan waktu perkhidmatan ini akan bermula hari Selasa, 24 Mac 2020 dan diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan orang ramai, satu cara alternatif adalah dengan menggunakan perkhidmatan atas talian (online) untuk membaharui Lesen Kenderaan atau Lesen Memandu serta membuat bayaran menggunakan Kad Kredit dan Kad Debit, sila layari e-Darussalam atau dengan menggunakan aplikasi TransportBN.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2451979/80/81 samb. 111 semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan JPD memohon maaf atas perkara ini.

 

HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

Tarikh:  22 Mac 2020

Attachments