Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 19 Januari 2020 - Sambutan Hari Keluarga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Hari Keluarga kelolaan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) pada pagi ini bertempat di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama Datin dan keluarga.  

Sambutan Hari Keluarga tahun ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan oleh MTIC dan juga sempena Hari Keluarga Kebangsaan. 

Acara ini dimulakan dengan senamrobik dan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti riadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai, kakitangan dan ahli-ahli keluarga serta untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan beriadah bersama-sama dan mengamalkan gaya hidup sihat. Acara juga diselajurkan dengan penyerahan cek hasil kutipan derma dan aktiviti amal yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada Dr. Mona Aliana binti Dato Paduka Hj Alimin, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas semasa sambutan ini. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap MTIC; Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi & Korporat); Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perancangan); Ketua Pegawai Eksekutif MPABD; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AITI; Pengarah-Pengarah; Ketua-Ketua Jabatan; serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pihak berkuasa bersama ahli keluarga masing-masing.


Disediakan oleh:
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam



Attachments