Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 28 September 2019 - Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2019

Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) mengadakan Majlis Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2019 pada petang ini, bertempat di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi, Bandar Seri Begawan.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi Lembaga Pengarah MPABD.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud Bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi Dan korporat), Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Ketua Eksekutif MPABD; Pengiran Haji Mohd. Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Ketua Eksekutif Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI); ahli-ahli Lembaga Pengarah MPABD; Ketua-ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

Majlis ini merupakan acara tahunan MPABD sempena memperingati penubuhannya pada 28 September 2017 dan ianya juga diadakan selari dengan sambutan Hari Maritim Sedunia 2019, dengan bertemakan “Empowering Women in the Maritime Community”. Tema ini dipilih oleh International Maritime Organisation (IMO) untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesaksamaan jantina dan mengetengahkan sumbangan wanita dalam sektor maritim selaras dengan United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 2030.

Majlis pada petang ini diselajurkan dengan penyampaian sumbangan satu unit mesin pencetak kepada Sekolah Ugama Haji Tarif, Kampong Tamoi, Brunei Darussalam dan juga satu unit alat penghawa dingin kepada Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi, Bandar Seri Begawan.



*Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) adalah nama khas untuk digunakan dalam siaran akhbar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Tidak perlu diterjemah ke Bahasa Melayu.*


Attachments