Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 25 Julai 2019 - Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Ratib Al-Attas

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Ratib Al-Attas pada petang ini, bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas ini merupakan acara bulanan MKKJR yang diadakan khusus untuk memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya negara ini, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya, sentiasa diberikan perlindungan dari kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Disamping itu juga, acara ini merupakan usaha berterusan MKKJR untuk memohon berkat dalam segala usaha-usaha dan perancangannya kearah meningkatkan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan semua.

Hadir di majlis tersebut ialah Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Turut hadir ialah Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abd Razak, Ketua Eksekutif AITI; Awang Haji Osman bin Haji Md Jair, Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful (BITA) selaku Ambassador MKKJR; serta Ahli-ahli MKKJR; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta agensi-agensi yang berkenaan; dan guru-guru serta penuntut-penuntut dari Sekolah Ugama Sengkurong.

 

Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu di jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah.

Pemandu-pemandu juga terus diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

 

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments