Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 16 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bersama Persatuan Kanak-Kanak Cacat (Kaca)

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telahpun mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Muhammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Datin.

Pada tahun ini, MTIC meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Persatuan KACA. Seramai 60 orang kanak-kanak (KACA) turut hadir di majlis tersebut.


MTIC turut berhari raya bersama stakeholders dari sektor swasta pengangkutan dan infokomunikasi pada pagi ini.

Majlis yang diisikan dengan sesi beramah mesra dan jamuan Aidilfitri ini, antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi  sambutan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam suasana Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu juga Warga MTIC dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang lebih mesra dan harmoni serta menerapkan nilai-nilai yang lebih positif dalam hubungan kekeluargaan.


Pelbagai acara turut diadakan, antaranya Pertandingan Hiasan Rumah-Rumah Terbaik, Pertandingan Pakaian Terbaik, Pertandingan Kemahiran Berkumpulan, Pertandingan Video Ucapan Hari Raya dan Anugerah Terbaik Kehadiran Warga Setiap Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunkasi berserta Datin, pegawai-pegawai kanan, stakeholders dari sektor swasta pengangkutan dan infokumikas i dan warga KACA turut berdudun ramah mesra dan kunjung mengunjungi ke ruang setiap rumah-rumah hiasan Jabatan-Jabatan di bawah MTIC dan juga Pihak-Pihak Berkuasa.


Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Eksekutif AITI; Ketua Eksekutif MPABD; Ketua-ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa beserta keluarga.

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments