Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 30 Mei 2019 - Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1440H / 2019M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa pada petang hari ini bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam. Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Penerbangan Awam.  


Hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 



Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi;  Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat);   Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI)  berserta Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya.




Majlis ini merupakan acara keugamaan yang diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh keberkahan dengan mengambil kesempatan meraih ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT dengan pembacaan Al Quran oleh para pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Takhtim Al-Quran dipimpin oleh Imam Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ismail bin Pengiran Haji Tuah.   Majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan diselajurkan acara berbuka puasa sebelum menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.


Disediakan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments