Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 31 Januari 2019 - Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Sembahyang Fardhu Asar Dan Membaca Ratib Al-Attas

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam (MKKJR) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Ratib Al-Attas pada petang ini, bertempat di Masjid Kampong Lambak, Berakas.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam. 

Turut hadir ialah Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR; Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan) selaku Setiausaha MKKJR; Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat).

Majlis juga turut dihadiri oleh Awang Haji Osman bin Haji Md Jair, Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful (BITA) selaku Ambassador MKKJR; Ahli-ahli MKKJR; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta agensi-agensi yang berkenaan; dan guru-guru serta penuntut-penuntut dari Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak.




Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas ini merupakan acara bulanan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya yang diadakan khusus untuk memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya negara ini, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya, sentiasa diberikan perlindungan dari kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Disamping itu juga, acara ini merupakan usaha berterusan MKKJR untuk memohon berkat dalam segala usaha-usaha dan perancangannya kearah meningkatkan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan semua.

Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu jalan raya serta mengamalkan sikap memandu yang berhemah.

Pemandu-pemandu juga diseru untuk terus sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam


Attachments